;
;
;

Friday, September 4, 2009

Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satu
Elektrik : Elektif KT

1. Litar Elektrik
1. Maksud Litar
* Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar)


i. Sumber (sel kering) ii. Beban (mentol) iii. Pengawal (suis)
iv. Punca positif (wayar mereh) v. Punca negatif (wayar hitam)

Lukisan skimatik litar mudah
2. Jenis-jenis Litar
1. Litar mudah
* Litar yang mengandungi satu sumber satu beban dan satu pengalir
2. Litar pintas
* Litar tanpa beban
* Litar yang mengandungi wayar pintasan
3. Litar siri
* Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri
4. Litar selari
* Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara selari
5. Litar siri selari
* Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri dan juga selari


Litar asas
A = Beban , B = Pengalir , C = Sumber elektrik


Litar siri


Litar selari


Litar siri selari
3. Perbezaan litar siri dan litar selari
Litar Siri Litar Selari
Voltan
Voltannya adalah semakin kurang apabila beban bertambah
Vj=V1+V2+V3..... Voltan
Voltannya sama disemua tempat
Vj=V1=V2=V3.....
Arus
Arusnya sama disemua tempat Arus
Arusnya semakin kurang apabila semakin banyak beban
Rintangan
Semakin ditambah beban semakin banyak jumlah rintangan Rintangan
Jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang paling kecil
Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan menyala Apabila satu mentol terbakar , mentol yang lain akan terus menyala
Jika ditambah satu mentol, mentol yang lain akan menjadi malap kerana bebanan bertambah Jika ditambah satu mentol, nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah

2. Voltan, Arus dan Rintangan
1. Definisi
1. Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik
2. Unit sukatan bagi daya tersebut ialah Volt (V)
3. Arus ialah sejunlah elektron yang bergerak di dalam pengalir elektrik
4. Unit sukatan bagai arus ialah Ampere (A/I)
5. Rintangan ialah halangan terhadap pergerakan arus
6. Unit sukatan bagi rintangan ialah Ohm
2. Hukum Ohm
1. Hukum ohm ialah hukum yang menyatakan hubungan di antara Voltan, Arus dan Rintangan
2. Hukum ohm diperjelaskan oleh lencana hukum Ohm
3. Contoh pengiraan

Diberi voltan=12 volt, rintangan = 4 ohm, cari arus = (?) dalam litar di bawah.
3. Meter elektrik
1. Meter Volt
* Meter yang digunakan untuk menyukat voltan atau daya gerak elektrik(DGE)
* Terdapat dua jenis meter volt
1. Meter volt arus terus
2. Meter volt arus ulang alik
* Meter disediakan dalam beberapa julat tertentu
* Meter volt dipasang selari dengan sumber (sel) dan beban (mentol) didalam litar


i. Meter volt arus terus ii. Meter volt arus ulang-alik
2. Meter Ampere
* Meter yang digunakan untuk menyukat kadar pergerakan arus di dalam litar
* Meter ampere dipasang secara siri dengan sumber (sel) dan beban (mentol) di dalam litar

4. Meter Pelbagai
* Kegunaan
o Untuk mengukur voltan, arus dan rintangan
o Untuk menguji keterusan litar
* Bahagian meter pelbagai


A = Skala B = Skru pelaras sifar
C = Julat bacaan D = Tombol pemilih julat
E = Punca positif F = Punca Negatif
G = Pelaras sifar Ohm H = Jarum penunjuk
1. Skala
o Mengandungi skala bagi bacaan rintangan, voltan arus terus, voltan arus ulang-alik
2. Jarum Penunjuk
o berfungsi menunjukkan bacaan pada skala
3. Skru Pelaras Sifar
o berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (0)
4. Pelaras Sifar Ohm
o berfungsi melaraskan jarum penunjuk semasa menguji rintangan
5. Prob Negatif dan prob Positif
o berfungsi menyentuh alatan elektrik dan komponen elektronik
prob hitam untuk negatif
dan prob merah untuk positif
6. Tombol Pemilih Julat
o berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendaki
7. Julat
o berfungsi menunjukkan kadar sukatan yang akan diukur
* Membaca meter Ohm pada meter pelbagai
o Langkah-langkah membaca meter Ohm
1. Laraskan tombol ke julat bacaan ohm
2. Temukan kedua-dua prob negatif dan positif
3. Laraskan pelaras sifar ohm hingga jarum menunjukkan bacaan sifar (0)

5. Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik

i. Suis Utama ii. Pemutus Litar Bocor ke Bumi iii. Peti Agihan Berfius iv. Soket dan suis
1. Fius Perkhidmatan
* Fungsi - untuk mengawal bekalan jika berlaku arus berlebihan dan untuk memutuskan bekalan kepada pelanggan yang gagal membayar bil penggunaan
2. Penyambung Neutral
* Fungsi - menyambung litar rumah dengan wayar bekalan neutral
3. Meter KWJ
* Fungsi - untuk menyukat dan merekodkan kadar penggunaan tenaga elektrik
* jenis - terdapat dua jenis meter
1. Meter analog
2. Meter digital

Meter kWJ jenis diigital
4. Suis Utama
* Funsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah
* Suis ini adalah suis jenis dua kutub satu arah
* Di dalamnya terpasang fius katrij
5. Pemutus Litar bocor ke bumi
* berfungsi memutuskan bekalan elektrik dalam litar dirumah jika berlaku kebocoran arus atau litar pintas
6. Kotak agihan berfius
* berfungsi mengagihkan bekalan elektrik di dalam litar
7. Suis dan Soket
* Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik
* Soket berfungsi menghubungkan alatan elektrik kepada sumber bekalan elektrik rumah


i. Fius Perkhidmatan ii. Penyambung Neutral iii. Meter Kwj
iv. Suis utama v. PLCB vi. Kotak Agihan Berfius

6. Kuasa Elektrik
1. Maksud Kuasa Elektrik
* Kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik
* Unit ukuran kuasa elektrik ialah watt (W)
2. Formula Mencari Kuasa Elektrik
* Kuasa = voltan x arus ( P = V x I )
3. Kuasa elektrik alatan elektrik
* Kuasa elektrik yang digunakan oleh kebanyakan alat elektrik dinyatakan dalam plat perincian
* Perkakasan yang mengeluarkan haba lebih menggunakan kuasa elektrik berbanding yang mengeluarkan cahaya
* Contoh periuk nasi elektrik berkuasa 900W sementara lampu pendafluor berkuasa 40W


Contoh plat perincian sebuah kipas elektrik

Menu

Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2007
SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting.

Masih dalam pembinaan